Status wanita Dinasti Liao

The Pagoda Kuil Tianning (Beijing), dibina pada tahun 1119 atau 1120.

Wanita di dalam masyarakat di padang rumput secara tipikalnya mempunyai hak dan tanggungjawab yang lebih besar berbanding dengan penduduk di selatan. Wanita kelas atas bebas untuk berkahwin semula selepas kemtian suami mereka. Maharani dianggap sebagai pemerintah bersama dengan suami mereka. Mereka juga terlibat di dalam aspek keagamaan dan kehidupan bermasyrakat.Bagaimanapun, dengan peningkatan hak-hak ini juga bermakna hadirnya tanggungjawab. Wanita membuat banyak kerja-kerja berat bagi kehidupan seharian kerana para lelaki sering keluar berburu atau berperang. Mereka cekap melakukan banyak kerja-kerja buruh dan kasar berbanding rakan seperjuangan mereka di bahagian selatan.

Kebiasaan tradisi bagi seseorang lelaki yang kematian isteri dengan mengahwini adik perempuan beliau tamat dengan dekri maharaja pada tahun 940, meskipun ia tidak pernah dikuatkuasa.